Pemburuan paus
Seberapa masyarakat seluruh dunia memburu ikan paus untuk mendapatkan daging, lemak dan minyak yang penting sebagai bahan api. Ia dilakukan secara kecil-kecilan dalam kalangan orang peribumi mahupun secara komersil sebagai sebahagian daripada industri perikanan utama seperti di Iceland dan Jepun. Gambaran terawal penangkapan ikan paus ini didapati pada ukiran batu bertarikh lewat zaman Neolitik awal zaman Gangsa di tepi tebing anak sungai Daegok, Ulsan, Korea Selatan ditemukan pada 25 Disember 1971.