Pembunuhan Saleh al-Aruri
| Sebahagian daripada konflik sempadan Israel–Lebanon 2023 dan Perang Israel−Palestin 2023 | |
| Tarikh | 2 Januari 2024 |
|---|---|
| Lokasi | Dahieh, Beirut, Lebanon |
| Jenis | Serangan dron |
| Sasaran | Saleh al-Aruri |
| Dianjurkan oleh | Israel |
| Kematian | 6 |
Pada 2 Januari 2024, sebuah serangan udara dilakukan di kejiranan Dahieh, Beirut, Lubnan yang menyebabkan pembunuhan Saleh al-Aruri, timbalan ketua biro politik Hamas dan salah seorang tulang belakang bagi serangan ke atas Israel pada 7 Oktober. Serangan udara ini turut membunuhkan tiga orang individu yang lain, termasuk pejuang Hamas peringkat tinggi yang lain seperti Samir Findi Abu Amer dan Azzam Al-Aqraa Abu Ammar. Pembunuhan ini berlaku sehari sebelum Hizbullah memperingati ulang tahun pembunuhan panglima tentera kanan Iran, Qasem Soleimani.