Pemberontakan rakyat Thailand 1973
Pemberontakan rakyat Thailand 1973 atau pemberontakan rakyat 14 Oktober 1973 (Bahasa Thai: เหตุการณ์ 14 ตุลา, RTGS: Hetkan Sip-Si Tula, "Peristiwa 14 Oktober"; atau Bahasa Thai: วันมหาวิปโยค, RTGS: Wan Maha Wippayok, "Hari Maha Sedih") adalah sebuah peristiwa titik balik dalam sejarah Thailand. Pemberontakan ini mengakibatkan berakhirnya pemerintahan junta tentera antikomunis Thanom Kittikachorn dan mengubah sistem politik Thailand. Pemberontakan ini berlaku didorong khususnya dengan meningkatnya pengaruh para siswa-siswi universiti dalam politik negara itu.