Belauan

Belauan merupakan sebuah konsep fizik. Pembelauan berlaku apabila gelombang membengkok di sekeliling halangan kecil, atau ketika gelombang melebar setelah melewati bukaan kecil. Pembelauan terjadi dengan semua gelombang, termasuk gelombang bunyi, gelombang air, dan gelombang elektromagnetik seperti cahaya yang dapat dilihat oleh mata. Belauan juga berlaku dengan jirim seperti elektron.