Pembebasan Paris

Pembebasan Paris
Libération de Paris
Sebahagian daripada Operasi Overlord Perang Dunia Pertama

Warga kota Paris di Champs Élysées menyambut ketibaan kereta perisai Divisyen Berperisai Ke-2 Perancis dari Arc de Triomphe ke Place de la Concorde pada 26 Ogos 1944
Tarikh19–25 Ogos 1944
Lokasi
Paris dan kawasan sekitarnya, Perancis
Keputusan

Kemenangan berpihak kepada pihak Berikat

  • Paris ditawan dan dibebaskan
  • Paris menjadi pangkalan Pemerintah Sementara Republik Perancis
Pihak yang terlibat

 Jerman Nazi

Templat:Country data Vichy France
Komandan dan pemimpin
Dietrich von Choltitz 
Unit terlibat
  • Templat:Country data Free French FFI
  • Divisyen Berperisai Ke-2
  • Repulikan buangan Sepanyol
  • Divisyen Infantri ke-4
  • Divisyen Keselamatan ke-325
  • Milice
Kerugian dan korban
  • Pemberontak Perancis:
    • 1,600 terkorban
  • Pasukan Perancis Bebas:
    • 130 terkorban
    • 319 cedera
  • Amerika Syarikat: Tidak diketahui
  • 3,200 terkorban
  • 12,800 ditahan

Pembebasan Paris (Perancis: Libération de Paris, bahasa Inggeris: Liberation of Paris) mengambil tempat semasa Perang Dunia Kedua dari 19 Ogos sehingga 25 Ogos 1944, di mana pihak garison Jerman menyerahkan Perancis sebagai tanda serah kalah lalu menandakan berakhir pertempuran Paris. Kejadian ini merupakan titik penting dalam Pendudukan Jerman ke atas Perancis yang berlangsung selama empat tahun 1940.

Setelah pihak Jerman Nazi menyerahkan Paris sebagai tanda penyerahan diri, Tentera Pemberontak Perancis pimpinan Charles de Gaulle tiba di Paris di mana pihak beliau mengambil alih kekuasaan Paris sebagai ketua suatu pemerintah sementara "Perancis Bebas" (La France libre) - di mana para penyokong Gaulle, nasionalis, komunis dan anarkis bersatu membentuk suatu pemerintah "bersepakatan sebangsa" (gouvernement d'unanimité nationale) yang menggantikan pemerintahan rejim Vichy secara beransur-ansur. Tindakan mereka yang berjaya menumpaskan kuasa Nazi dengan sendirinya sempat sebelum pihak Berikat tiba di Paris juga mengelakkan Perancis daripada dikenakan Pemerintahan Tentera Berikat untuk Kawasan Dudukan yang dikongsikan antara negara-negara anggota pihak Berikat (Allied Military Government for Occupied Territories).