Pelikat
Pelikat (Jawi: ڤليکت, Tamil: பழவேற்காடு, rumi: Pazhaverkathu, Inggeris: Pulicat) adalah sebuah bandar di daerah Thiruvallur, negeri Tamil Nadu, India terletak 60 km utara kota raya Chennai di pinggir Tasik Pelikat, sebuah lagun masin menjangkau kira-kira 60 km sepanjang pesisirannya.
Tempat ini dikenali sebagai pembuatan sejenis merah kain yang lazim digunakan sebagai pakaian sarung kaki bernama "kain pelikat".