Pelanduk

Pelanduk
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Keluarga: Tragulidae
Genus: Tragulus
Brisson, 1762

Pelanduk (Jawi: ڤلندوق) merupakan sebuah rumpun ungulat berjari genap dalam keluarga Tragulidae yang terletak di bawah genus Tragulus. Nama genus terbentuk daripada campuran perkataan Yunani τράγος tragos ("kambing jantan") dengan imbuhan akhiran Latin –ulus ("kenit/kecil"). Dengan berat 0.7–8.0 kg (1.5–17.6 lb) dan panjang 40–75 cm (16–30 in), pelanduk merupakan ungulat yang kecil sekali di dunia, biarpun spesies pelanduk yang terbesar mengatasi beberapa spesies Neotragus. Taburan pelanduk terhad kepada Asia Selatan dari China selatan jauh (Yunnan selatan) hingga Filipina (Balabac) dan Pulau Jawa , Kajang .

Ekoran pindaan taksonomi terkini, sesetengah spesies pelanduk kurang dikenali, tetapi semuanya dipercayai bersifat nokturnal dan makan dedaun, buah-buahan, rumput dan lain-lain tumbuhan dalam semak hutan yang tebal. Pelanduk hidup secara bersendirian atau berpasangan, malah yang jantan tumbuh gigi taring panjang (jantan mahupun betina tidak tumbuh tanduk) yang digunakan untuk bertarung. Tidak seperti ahli Tragulidae yang lain, pelanduk tidak kelihatan belang atau tompok yang jelas pada bahagian belakang.