Pekasam

Pekasam
Pekasam mentah
Jenishidangan sampingan
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantauPerak,Perlis,Kedah dan Sarawak
Dicipta olehMelayu
Bahan utamaberas, ikan air tawar, garam
Maklumat laintempoyak
sunting · sunting di Wikidata

Pekasam (Jawi: ڤكاسم) ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia seperti negeri Perak dan Kedah. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam (atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama.

Pekasam amat popular di negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Negeri Perak terkenal dengan perusahaan pekasam ikan air tawar terutamanya selepas pembinaan Empangan Tasik Chenderoh, yang membekalkan ikan air tawar bagi penghasilan perkasam. Pekasam di Perak turut disebut oleh Sir Richard Olof Winstedt dalam buku The Circumstances of Malay Life. The kampong. The house. Furniture. Dress. Food, 1909,