Tempoyak

Tempoyak
Tempoyak
Nama alternatifasam durian
JenisPencicah
Jenis sajianhidangan sampingan
Tempat asalIndonesia & Malaysia
Kawasan/rantauSumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo
Masakan berkaitanBrunei, Indonesia,Malaysia, Singapura
Dicipta olehMelayu
Suhu penghidanganSuhu bilik atau sejuk
Bahan utamaDurian
sunting · sunting di Wikidata

Tempoyak (Jawi: تمڤويق) dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan tertapai dalam suhu bilik selama tiga hingga lima hari. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal. Ia juga terkenal di Borneo.