Pekan Dangi
Dangi | |
|---|---|
Pekan | |
| Transkripsi lain | |
| • Jawi | داڠي |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Negeri Sembilan |
| Daerah | Kuala Pilah |
| Luak | Johol |
| Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
Dangi (Jawi:داڠي) merupakan sebuah pekan kecil berhampiran Johol di selatan Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia. Pekan ini terletak di jalan utama yang menghubungkan Johol di selatan dan Bahau, Daerah Jempol di utara.
Dangi merupakan pekan persinggahan bagi pengguna-pengguna jalan raya yang menghala ke Bandar Kuala Pilah dan juga ke pantai timur melalui Laluan Persekutuan Malaysia 9 LP 9 dari arah selatan.