Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu
| Jenis/bentuk sah | Awam |
|---|---|
| Industri | Pejabat Daerah Dan Tanah |
| Ditubuhkan | 1904 |
| Ibu pejabat | Kota Bharu, Kelantan, Malaysia |
| Tokoh penting | Hj. Adnan bin Hussin (Ketua Jajahan) |
| Pemilik | Kerajaan Negeri Kelantan |
| Tapak web | http://ptjkb.kelantan.gov.my (Portal Rasmi) |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB) mula beroperasi sejak tahun 1904 hasil daripada keputusan persidangan pertama majlis Mesyuarat negeri yang mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad IV (Sultan Kelantan).
Pejabat ini diketuai oleh seorang Ketua Jajahan yang juga memangku sebagai Majistret dan Pentadbir Tanah.
PTJKB terletak di pusat bandar Kota Bharu yang juga merupakan nadi pusat pentadbiran Negeri Kelantan.
Pentadbiran Jajahan Kota Bharu dibahagikan kepada 14 Daerah Penggawa iaitu Daerah Panji, Banggu, Kubang Kerian, Kota, Pendek, Sering, Salor, Badang, Limbat, Beta, Ketereh, Peringat dan Kadok dan Kemumin.