Pawang Ana

Pawang Ana
Kelahiran(1802-04-09)9 April 1802
Meninggal dunia19 Mac 1884(1884-03-19) (umur 81)
PekerjaanPenglipurlara
Terkenal keranaHikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Awang Sulung Merah Muda

Pawang Ana dululah seorang penglipurlara atau penutur cerita-cerita Melayu tradisional yang disampaikan secara lisan. Semua cerita penglipurlara yang beliau sampaikan dirakam dan ditulis semula oleh pegawai British di Tanah Melayu iaitu R.O. Winstedt (1878-1966) dan William E Maxwell. Sungguhpun beliau rapat dengan pegawai British, beliau hanya dikenali sebagai 'Pawang Ana' sahaja dan tidak diketahui nama asalnya dan biodata tentangnya. Menantunya bernama Mir Hassan juga berkebolehan menuturkan pelbagai cerita.

Antara karya 'Seniman Rakyat' ini yang telah dituturkan dan sempat dirakam ialah Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Awang Sulung Merah Muda.

Lakaran wajah Pawang Ana dijumpai oleh mantan Karyawan Tamu, Universiti Malaya Mohd Zamberi Abdul Malek ketika membuat penyelidikan mengenai R.O Winstedt di London.