Pasukan besbol kebangsaan Israel

Pasukan besbol kebangsaan Israel
Fail:Israel national baseball team.png
Maklumat
Negara Israel
KonfederasiKonfederasi Besbol Eropah
PengurusNate Fish
Kedudukan WBSC
SemasaTemplat:WBSC World Rankings
Tertinggi18 (2 kali; terkini pada Mac 2020)
Terendah74 (Disember 2012)
World Baseball Classic
Kemunculan2 (pertama pada 2017)
Keputusan terbaikKe-6 (2017)
Sukan Olimpik
Kemunculan1 (pertama pada 2020)
Keputusan terbaikKe-5
Kejohanan Eropah
Kemunculan4 (pertama pada 2019)
Keputusan terbaikKe-2 (2021)

Pasukan besbol kebangsaan Israel (Ibrani: נבחרת ישראל בבייסבול) mewakili Israel dalam pertandingan besbol antarabangsa. Pasukan ini dikendalikan oleh Nate Fish.

Dalam World Baseball Classic (WBC) 2017, pasukan Israel menduduki tempat keenam. Pada tahun 2022, Israel berada di kedudukan ke-20 dunia. Pasukan ini turut bertanding di Sukan Olimpik 2020 yang berlangsung pada tahun 2021, di mana mereka menewaskan Mexico dan menamatkan saingan di tempat kelima. Pasukan Israel juga menyertai kejohanan World Baseball Classic 2023, namun tidak berjaya mara ke pusingan suku akhir.

Pasukan Israel dijadualkan untuk bertanding dalam kejohanan World Baseball Classic 2026 dari 6 hingga 11 Mac 2026, yang akan berlangsung di LoanDepot Park, Miami, dalam Kumpulan D. Pasukan ini akan menentang pasukan Venezuela, Belanda, Republik Dominika dan Nicaragua. Bekas pemain Major League Baseball kelahiran Amerika Syarikat–Israel, Ian Kinsler yang pernah empat kali dipilih sebagai All-Star dan dua kali memenangi Anugerah Sarung Tangan Emas akan menjadi pengurus pasukan.