Pasukan Pertahanan Aeroangkasa Rusia
| Pasukan Pertahanan Aeroangkasa Rusia | |
|---|---|
| Войска воздушно-космической обороны Voyska vozdushno-kosmicheskoy oborony | |
Lambang Pasukan Pertahanan Aeroangkasa Rusia | |
| Aktif | 1 Disember 2011–1 Ogos 2015 |
| Negara | Persekutuan Rusia |
| Jenis | Pasukan angkasa |
| Peringatan | 4 Oktober (Hari Pasukan Angkasa) |
| Komander | |
| Komander terkini | Aleksandr Golovko |
| Tanda kebesaran | |
| Flag | |
| Middle emblem | |
| Lambang | |
Pasukan Pertahanan Aeroangkasa Rusia (VVKO) (Rusia: Войска воздушно-космической обороны (ВВКО), rumi: Voyska vozdushno-kosmicheskoy oborony (VVKO)) merupakan salah satu cabang dalam Angkatan Tentera Rusia yang bertanggungjawab pada pertahanan aeroangkasa, operasi satelit ketenteraan Rusia dan Kosmodrom Plesetsk. Ia telah diasaskan pada 1 Disember 2011 dan dibubarkan pada 1 Ogos 2015. Pasukan Angkasa Rusia telah diwujudkan semula pada 1 Ogos 2015 untuk menggantikannya.
Komander pertama bagi Pasukan Pertahanan Aeroangkasa Rusia adalah bekas komander Pasukan Angkasa iaitu Kolonel Jeneral Oleg Ostapenko, yang dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Menteri Pertahanan pada November 2012. Pada Disember 2012, Aleksandr Golovko telah dilantik menjadi komander baharu. Meskipun secara rasmi diterjemahi sebagai aeroangkasa, beberapa penulis Rusia menterjemahnya sebagai "udara dan angkasa".
Pada 1 Ogos 2015, Tentera Udara Rusia dan Pasukan Pertahanan Aeroangkasa Rusia digabungkan untuk membentuk Pasukan Aeroangkasa Rusia.
Antara tugasan Pasukan Pertahanan Aeroangkasa Rusia untuk mempertahankan aeroangkasa kini terletak di bawah Pasukan Angkasa Rusia di bawah payung baharu Pasukan Aeroangkasa Rusia. Pada hari ini Pasukan Pertahanan Aeroangkasa Rusia hanya bertanggungjawab untuk menyediakan pertahanan udara.