Parti Sejahtera
Parti Sejahtera Refah Partisi | |
|---|---|
| Pengerusi | Najmuddin Erbakan |
| Pengasas | Ali Türkmen Ahmet Tekdal Necmettin Erbakan |
| Diasaskan | 19 Julai 1983 |
| Diharamkan | 16 Januari 1998 |
| Didahului oleh | Parti Penyelamat Negara |
| Digantikan oleh | Parti Kebaikan |
| Ibu pejabat | Ankara, Turki |
| Ideologi |
|
| Kedudukan politik | Jauh kanan |
| Agama | Sunni Islam |
| Warna | |
| Slogan | Keadilan matlamat kami |
| |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Parti Sejahtera (Turki: Refah Partisi, RP) ialah sebuah parti politik Islam di Turki. Ia diasaskan oleh Ali Türkmen, Ahmet Tekdal, dan Necmettin Erbakan di Ankara pada 1983 sebagai pewaris kepada dua parti terdahulu, Parti Pemerintahan Negara (MNP) dan Parti Penyelamat Negara (MSP), yang diharamkan daripada politik. RP mengambil bahagian dalam pemilihan datuk bandar pada masa itu dan menang di tiga bandar Konya, Şanlıurfa, dan Van.
Parti Sejahtera mengambil bahagian dalam pilihan raya 1991 dalam pakatan tiga pihak dengan Parti Gerakan Nasionalis (MHP) dan Parti Demokrasi Pembaharu (IDP). Mereka memperoleh 16.9% undi. Mereka memenangi 62 perwakilan parlimen, tetapi 19 perwakilan MHP (dengan mengasaskan Parti Gerakan Demokratik pada 25 Disember 1991 dan menyertai MÇP pada 29 Disember 1991) dan 3 daripada IDP meninggalkan Parti Sejahtera selepas pilihan raya. Undi popular mereka meningkat selama bertahun-tahun sehingga mereka menjadi parti terbesar di bawah Perdana Menteri Necmettin Erbakan pada 1996. Kerajaan campuran Erbakan telah dilucutkan kuasa oleh tentera Turki pada 1997, kerana disyaki mempunyai agenda Islam.
Pada 1998, Parti Sejahtera telah diharamkan daripada politik oleh Mahkamah Perlembagaan Turki kerana melanggar pemisahan agama dan negara. Larangan itu dikekalkan oleh Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECtHR) pada 13 Februari 2003. Keputusan ECtHR telah dikritik oleh Pemantau Hak Asasi Manusia kerana tidak tetap pendirian, kerana ECtHR telah menolak pembubaran parti lain beberapa kali, tetapi ECtHR mempertahankan keputusannya.
Penyandang presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan,ialah bekas ahli parti. Selepas diharamkan daripada politik untuk satu tempoh, beliau meninggalkan kumpulan Islam ini dan mengasaskan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP). Abdullah Gül, bekas Presiden Turki, ialah timbalan ketua Parti Sejahtera sehingga pembubarannya