Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah

Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah atau European Court of Human Rights atau singkatannya MHASME bertindak dengan mendengar dan memutuskan beberapa jenis aduan yang berkaitan dengan pelanggaran hak asasi manusia. MHASME yang turut dikenali sebagai "Mahkamah Strasbourg" telah ditubuhkan oleh negara ahli Majlis Eropah. Mahkamah ini mempunyai sejumlah hakim. Kebiasaannya, tujuh orang hakim akan digunakan, namun untuk kes-kes besar, ia boleh mencecah sehingga 21 orang hakim dan hakim-hakim ini datang dari negara ahli Majlis Eropah. Buat masa ini terdapat 47 negara ahli Majlis Eropah dan setiap negara mempunyai seorang hakim di dalam MHASME. Setiap hakim ditugaskan untuk MHASME dan bukannya negara mereka.