Parmesan
Keju parmesan biasa ialah keju yang keras diperbuat daripada susu lembu dan diilhamkan oleh keju Parmesan asal atau Parmigiano-Reggiano dari Parma, Itali. Ia mempunyai rupa yang pucat kekuningan dan sering diparut untuk juadah seperti spaghetti, salad Caesar, dan pizza.
Di kebanyakan tempat di dunia, nama "Parmesan" sering dirujuk kepada keju yang mempunyai rupa seperti keju berparut ala Itali, tetapi dalam Kesatuan Eropah, istilah Parmesan hanya boleh merujuk khusus kepada Parmigiano-Reggiano sahaja, yang mempunyai syarat keperluan yang lebih ketat berbanding keju lain.
Nama keju Parmesan yang biasa seriung meniru nama produk asalnya: Parmesan, Parmigiana, Parmesana, Parmabon, Real Parma, Parmezan, Parmezano, Reggianito.