Park Ji-hyo
Jihyo | |
|---|---|
박지효 | |
Jihyo pada 2023 | |
| Kelahiran | Park Ji-soo 1 Februari 1997 |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | K-pop |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | JYP Entertainment |
| Kegiatan berkaitan | |
| Nama Korea | |
| Hangul | 박지효 |
|---|---|
| Perumian Semakan | Park Ji-hyo |
| McCune–Reischauer | Pak Jihyo |
Park Ji-soo (Hangul: 박지효; lahir 1 Februari 1997) yang lebih dikenali sebagai Jihyo ialah seorang penyanyi wanita Korea Selatan. Beliau merupakan ketua dan penyanyi vokal utama kumpulan K-pop wanita, Twice yang ditubuhkan oleh JYP Entertainment melalui rancangan realiti popular pada 2015 iaitu Sixteen.
Jihyo mengeluarkan debut extended play (EP) Zone dan lagu utamanya "Killin' Me Good" pada Ogos 2023. EP itu muncul di tempat pertama dalam Circle Album Chart di Korea Selatan dengan 584,225 album terjual pada minggu pertama. Ia juga debut di nombor 14 di Billboard 200 di Amerika Syarikat.