Kupu-kupu ekor layang

Kupu-kupu ekor layang
Papilio machaon
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Arthropoda
Kelas: Insecta
Order: Lepidoptera
Superkeluarga: Papilionoidea
Keluarga: Papilionidae
Latreille, [1802]
Genus jenis
Papilio
Linnaeus, 1758
Subkeluarga dan genus

Terdapat 31 genus dan sekitar 600 spesies:

  • Subkeluarga Baroniinae
    • Baronia
  • Subkeluarga Parnassiinae
    • Allancastria
    • Archon
    • Bhutanitis
    • Doritites
    • Hypermnestra
    • Luehdorfia
    • Parnassius
    • Sericinus
  • Subkeluarga Papilioninae
  • Subkeluarga †Praepapilioninae
    • †Praepapilio

Kupu-kupu ekor layang ialah kupu-kupu besar yang berwarna-warni dalam keluarga Papilionidae, dan merangkumi 550 spesies. Biarpun sebilangan besarnya tropika, ahli keluarga ini terdapat di semua benua kecuali Antartika. Keluarga ini merangkumi kupu-kupu terbesar di dunia, iaitu kupu-kupu sayap burung daripada genus Ornithoptera.

Papilionidae berbeza dengan semua kupu-kupu lain dari segi beberapa sifat anatomi. Terutama sekali, beluncasnya mempunyai satu organ yang unik di belakang kepalanya, iaitu osmeterium. Anggota bercabang ini biasanya tersorok, tetapi boleh dikeluarkan apabila beluncas itu terancam, ataupun dipaksa keluar dengan picitan yang lembut, lalu merembeskan bahan busuk yang mengandungi terpena. Kupu-kupu dewasa lazimnya berekor cabang umpama burung layang-layang, maka gelarnya "kupu-kupu ekor layang-layang" atau swallowtail.