Layang-layang (burung)

Layang-layang
Julat zaman: Eocene - kini
Common swift, Apus apus
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Apodiformes
Keluarga: Apodidae
Hartert, 1897
Subfamili
  • Cypseloidinae
  • Apodinae

Layang-layang merujuk pada keluarga burung Apodidae, yang merupakan spesies burung terbang tinggi. Penampilannya menyerupai sualo, tetapi tidak berkait rapat dengan sebarang spesies burung passerine. Layang-layang diletakkan dalam order Apodiformes bersama-sama dengan burung Madu. Layang-layang Jambul berkait rapat dengan layang-layang asli tetapi diletakkan dalam keluarga yang berasingan iaitu Hemiprocnidae.

Persamaan antara layang-layang dengan sualo dari segi gaya hidup berdasarkan penangkapan serangga semasa terbang.

Nama keluarga iaitu Apodidae diterbitkan dari bahasa Greek ἄπους (ápous), bermakna "tiada kaki", merujuk pada sepasang kaki yang kecil dan lemah pada kebanyakkan spesies burung terbang tinggi di udara.