Pantai Air Tawar

Pantai Air Tawar merupakan sebuah pantai peranginan yang terletak dalam daerah Besut, Terengganu. Pantai ini menjadi tumpuan warga tempatan dan pelancong luar bagi aktiviti rekreasi, mandi-manda serta perkelahan terutamanya pada hari cuti dan hujung minggu. Pekan terdekat dengan Pantai Air Tawar ialah Pekan Kuala Besut, di mana ia merupakan pusat hentian bagi para pelancong luar khususnya mereka yang mahu ke Pulau Perhentian.