Kod lapangan terbang Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa
Kod lapangan terbang Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa atau International Civil Aviation Organization airport code (ICAO) merupakan penanda kawasan meggunakan kod 4 huruf bagi aerodom seluruh dunia. Kod-kod ini, seperti yang ditakrifkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan diterbitkan setiap suku tahun dalam Dokumen ICAO 7910: Penunjuk Lokasi, digunakan oleh kawalan lalu lintas udara dan operasi syarikat penerbangan seperti perancangan penerbangan. Kod ICAO juga digunakan untuk mengenal pasti kemudahan penerbangan lain seperti stesen cuaca, stesen perkhidmatan penerbangan antarabangsa, atau pusat kawalan wilayah (dan wilayah maklumat penerbangan mereka), tanpa mengira sama ada ia terletak di lapangan terbang atau tidak.