Laporan Penilaian Keenam IPCC
Laporan Penilaian Keenam (AR6) Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) merupakan siri keenam laporan-laporan yang menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosioekonomi berkenaan perubahan iklim. Tiga kumpulan kerja (Working Group) menilai:
- Asas Sains Fizikal Perubahan Iklim [1]
- Impak, Adaptasi dan Mudahnya Terdedah [2]
- Pengurangan Perubahan Iklim [3]
yang pertama daripada tiga kumpulan kerja (WG) ini diterbitkan pada 09 Ogos 2021, yang kedua pada 28 Februari 2022, dan yang ketiga dirancang pada bulan April 2022; laporan sintesis akhir dijadualkan selesai pada bulan September 2022.
Sejumlah 234 ahli sains dari 66 buah negara menyumbang kepada laporan kumpulan pertama daripada tiga WG. Kumpulan kerja 1 (WG I) menerbitkan Asas Sains Fizikal Perubahan Iklim. Para penulis laporan mencipta lebih daripada 14 ribu kertas saintifik untuk menghasilkan laporan berhalaman 3,949, yang kemudiannya diluluskan oleh 195 kerajaan dan pemerintah. Dokumen Ringkasan Pengubal Dasar (SPM) telah digubal oleh ahli sains dan dipersetujui untuk digariskan oleh 195 kerajaan dan pemerintah di IPCC selama lima hari menjelang 6 Ogos 2021.
Menurut laporan tersebut, pemanasan 1.5°C atau 2°C mungkin boleh dielakkan jika pemotongan terhadap pelepasan gas rumah hijau dibuat dengan besar-besaran dan segera. Pada halaman hadapan, The Guardian menggambarkan laporan itu sebagai "amaran yang paling ketara" terhadap "perubahan iklim utama yang tidak dapat dielakkan dan dipulihkan", suatu tema yang terpapar pada banyak akhbar serta para pemimpin siasah dan aktivis di seluruh dunia.