Pandemik COVID-19 di Bosnia dan Herzegovina

Pandemik COVID-19 di Bosnia dan Herzegovina
Peta perbandaran dengan kes COVID-19 yang disahkan (setakat 12 April)
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiBosnia dan Herzegovina
Asal wabak
Kes indeksBanja Luka
Tarikh ketibaan5 Mac 2020
(5 tahun, 7 bulan dan 1 minggu ago)
Kes yang disahkan2,182
Kes yang disyakiTiada maklumat
Sembuh1,258
Kematian
120
Laman web rasmi
Kes yang disyaki belum disahkan disebabkan oleh baka dari ujian makmal, walaupun beberapa jenis baka lain mungkin telah diasingkan.

Pandemik COVID-19 telah disahkan merebak ke Bosnia dan Herzegovina pada 5 Mac 2020 dengan kes pertama di Banja Luka, dimana seseorang telah berada di Itali semasa pandemik COVID-19 yang kemudian disahkan positif. Kemudian pada hari yang sama, kes kedua yang merupakan anak kepada kes pertama. Pada 21 Mac, kematian pertama di negara ini akibat dari COVID-19 diumumkan di sebuah hospital di Bihać. Pesakit adalah seorang wanita tua yang telah dimasukkan ke hospital dua hari sebelum itu.

Sehingga 6 April 2020, di Bosnia dan Herzegovina terdapat 686 kes COVID-19 yang disahkan, di mana 304 daripadanya adalah di Republika Srpska, 368 di Persekutuan Bosnia dan Herzegovina, dan 14 di Daerah Brčko.

Pada 17 Mac 2020, Majlis Menteri Bosnia dan Herzegovina mengisytiharkan darurat di seluruh Bosnia dan Herzegovina.