Pandemik COVID-19 di Itali
| Pandemik COVID-19 di Itali | |
|---|---|
Kes yang disahkan per juta penduduk mengikut wilayah million (setakat 12 Mei 2020). | |
Jumlah kes yang disahkan mengikut wilayah (setakat 30 April 2020). 50–99 disahkan
100–499 disahkan 500–999 disahkan 1,000–4,999 disahkan 5,000–9,999 disahkan ≥10,000 disahkan | |
| Penyakit | COVID-19 |
| Baka virus | SARS-CoV-2 |
| Lokasi | Itali |
| Asal wabak | Wuhan, Hubei, China |
| Kali pertama dilaporkan | Rom |
| Kes indeks | Tidak diketahui |
| Tarikh ketibaan | 31 Januari 2020 (5 tahun, 8 bulan, 1 minggu dan 5 hari) |
| Kes yang disahkan | 225,435 |
| Kes aktif | 68,351 |
| Kes kritikal | 762 |
| Sembuh | 125,176 (termasuk discaj) |
Kematian | 31,908 |
| Laman web rasmi | |
| www | |
Pandemik COVID-19, sebuah penyakit berjangkit baru yang disebabkan oleh koronavirus sindrom pernafasan akut yang teruk 2 (SARS-CoV-2), pertama kali disahkan merebak ke Itali pada 31 Januari 2020, ketika dua pelancong China di Rom diuji positif virus. Seminggu kemudian seorang lelaki Itali pulang ke Itali dari bandar Wuhan, China, dimasukkan ke hospital dan disahkan sebagai kes ketiga di Itali. Sekumpulan kes kemudian dikesan, bermula dengan 16 kes yang disahkan di Lombardy pada 21 Februari, dan 60 kes tambahan dan kematian pertama pada 22 Februari. Pada awal bulan Mac, virus ini telah menyebar ke seluruh wilayah Itali.