Pan-Afrikanisme
Pan-Afrikanisme adalah suatu gerakan sedunia yang menekankan semangat persaudaraan dan solidaritas bersatu dalam kalangan penduduk Afrika. Ia juga merupakan suatu pandangan sosiopolitik dunia dan falsafah moral yang bertujuan menggabungkan penduduk Afrika asli dan serta diasporanya untuk menjadi sebahagian dalam "Masyarakat Afrika Global" yang berkongsi bukan sahaja suatu "sejarah yang sama, tetapi juga suatu takdir yang sama" menaikkan taraf-taraf ekonomi, sosial dan politik dalam kalangan orang tersebut.