Pam Bondi
Pam Bondi | |
|---|---|
Bondi pada tahun 2025 | |
| Peguam Negara Amerika Syarikat | |
| Menyandang jawatan February 5, 2025 | |
| Presiden | Donald Trump |
| Timbalan | Todd Blanche |
| Didahului oleh | Merrick Garland |
| Ketua Peguam Negeri Florida | |
| Dalam jawatan January 4, 2011 – January 8, 2019 | |
| Gabenor | Rick Scott |
| Didahului oleh | Bill McCollum |
| Digantikan oleh | Ashley Moody |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Pamela Jo Bondi 17 November 1965 Tampa, Florida, U.S. |
| Parti politik | Republikan (sejak tahun 2000) |
| Gabungan politik lain | Demokrat (sehingga tahun 2000) |
| Pasangan |
|
| Pasangan Serumah | John Wakefield (since 2017) |
| Pendidikan |
|
Pamle Jo Bondi (Dilahirkan pada 17 November, 1965) ialah seorang peguam, pelobi dan ahli politik yang telah berkhidmat sebagai Peguam Negara Amerika Syarikat sejak tahun 2025. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Peguam Negeri Florida dari tahun 2011 hingga 2019 sebagai ahli Parti Republikan, sebagai wanita pertama memegang jawatan tersebut.
Pada tahun 2020, Bondi merupakan salah seorang daripada peguam bela Presiden Donald Trump ketika perbicaraan pemecatan pertama beliau. Menjelang tahun 2024, Bondi mengetuai cabang undang-undang yang sejajar dengan Trump iaitu Institut Dasar Pertama Amerika (America First Policy Institute). Pada 21 November 2024, Presiden terpilih ketika itu iaitu Trump, telah mengumumkan bahawa Bondi akan dicalon sebagai peguam bela negara selepas calon sebelumnya, Matt Gaetz, telah tarik diri daripada pencalonan. Pemenangan beliau disahkan dalam undian Senat 54–46 pada 4 Februari 2025 dan disumpah hari berikutnya.