Paladin

Paladin merupakan gelaran diberikan kepada kesateria-kesateria pendamping Raja Charlemagne yang diceritakan dalam sajak-sajak besar panjang didendangkan di Perancis pada zaman Pertengahan. Mereka diceritakan mempunyai semangat kepahlawanan dan kesateriaan Kristian yang dilihat mampu menandingi orang-orang Islam (Saracen) yang tiba meluaskan kuasa mereka di benua Eropah pada ketika itu; lagi-lagi semasa zaman Bani Umaiyah menjejakkan kaki ke tanah Gaul.

Gelaran ini dalam konteks moden pula lebih ditumpukan dalam genre fantasi moden Barat kepada sebarang kesateria berperwatakan baik secara umumnya.