Saracen

Saracen ialah istilah yang digunakan oleh orang Kristian Eropah terutama pada Zaman Pertengahan untuk merujuk kepada orang yang beragama Islam (tanpa mempedulikan bangsa atau sukunya). Pada masa itu, istilah ini umumnya digunakan secara negatif. Pada zaman moden, istilah Saracen juga digunakan terhadap lanun laut di Laut Mediterranean.