Perang Campuran Ketiga

Perang Pakatan Ketiga
Sebahagian daripada Perang Napoleon

Napoléon di Pertempuran Austerlitz, oleh François Pascal Simon, Baron Gérard
Tarikh1803–1806
Lokasi
Eropah Tengah, Itali, and Trafalgar
Keputusan

Kemenangan Perancis, Perjanjian Pressburg

pembubaran Empayar Rom Suci
Pihak yang terlibat
 Empayar Austria
 Empayar Rusia
 United Kingdom
Kerajaan Naples
Kerajaan Sicily
Kerajaan Portugal
 Sweden
Empayar Perancis
Republik Batavia
Itali
Etruria
 Sepanyol
Bavaria
Württemberg
Komandan dan pemimpin
Francis II
Karl Mack von Leiberich
Archduke Charles
Alexander I
Mikhail Kutuzov
Horatio Nelson
Ferdinand IV
Napoleon I
André Masséna
Joachim Murat
Pierre-Charles Villeneuve

Perang Pakatan Ketiga (bahasa Inggeris: War of the Third Coalition; Perancis: la Troisième Coalition; Jerman: Dritter Koalitionskrieg) merupakan konflick yang berlaku antara 1803 hingga 1806. Ia melibatkan Austria, Portugal, Rusia dan United Kingdom menentang Perancis serta negeri-negeri sekutunya. Sebelum penubugan pakatan ini, Britain sudah berperang dengan Perancis selepas pelanggaran Perjanjian Amiens. Dari 1803–1805, Britain menghadapi ancaman pencerobohan oleh Perancis. Namun, Tentera Laut Diraja British berjaya menghapuskan ancaman ini dengan menewaskan armada Perancis-Sepanyol di Pertempuran Trafalgar pada Oktober 1805. Pakatan Ketiga pula dimulakan selepas tindakan provokatif Napoleon di Itali dan Jerman mengakibatkan Austria menyertai gabungan British dan Rusia menentang Perancis.

Pertempuran utama perang ini berlaku di medan darat. Napoleon berjaya menewaskan hampir seluruh tentera Austria dari Ogos hingga Oktober 1805 dalam Kempen Ulm. Dia juga mencapai kemenangan muktamad atas tentera Rusia-Austria di bawah Alexander I dari Rusia dalam Pertempuran Austerlitz pada awal Disember.

Pertempuran Austerlitz menamatkan Pakatan Ketiga. Pada 26 Disember 1805, Perancis dan Austria menandatangani Perjanjian Pressburg, yang mengeluarkan Austria daripada perang, menegaskan semula Perjanjian Campo Formio dan Lunéville, memaksa Austria menyerahkan wilayah kepada sekutu-sekutu Jerman Napoleon, serta mengenakan tanggung rugi sebanyak 40 juta franc ke atas Austria. Tentera Rusia dibenarkan pulang ke tanah air. Pergabungan Sungai Rhine, iaitu gabungan beberapa negeri Jerman, ditubuhkan sebagai negara penampan di antara Perancis dan Eropah Tengah. Pada 1806, Empayar Suci Rom dibubarkan apabila Francis II melepaskan gelaran Maharaja Suci Rom tetapi mengekalkan gelarannya sebagai Maharaja Austria. Namun, peristiwa-peristiwa tersebut gagal mengekalkan keamanan di Eropah. Kerisauan Prusia mengenai pengaruh Perancis yang semakin berkembang di Eropah Tengah mencetuskan Perang Pakatan Keempat pada 1806.