Paduka Seri Rana Wikrama

Paduka Seri Rana Wikrama
Raja Singapura
Monarki
Pemerintahan1362-1375
Didahului olehPaduka Seri Wikrama Wira
Diikuti olehPaduka Seri Maharaja
AyahandaPaduka Seri Wikrama Wira
BondaNila Panjadi

Paduka Seri Rana Wikrama ('Ranavikrama') merupakan anak sulung kepada Paduka Seri Wikrama Wira dengan isterinya Nila Panjadi. Baginda merupakan Raja Singapura ketiga. Baginda dikenal sebagai Raja Muda sebelum menaiki takhta dan berkahwin dengan anak daripada Bendahara Tun Perpatih Muka Berjajar. Baginda memerintah dari tahun 1362 sehingga tahun 1375.