Ovum

Ovum
Ovum manusia
dengan korona radiata di kelilingnya
Butiran
Pengenalpastian
nama bahasa LatinOvum
nama bahasa Yunaniwápio (oário)
MeSHD010063
FMAFMA:67343
Terminologi anatomi

Ovum ialah sel pembiakan atau gamet organisme betina haploid. Kedua-dua haiwan dan embriofit mengandungi ovum. Perkataan ovum berasal daripada bahasa Latin dengan maksud "telur".

Perkataan ovul digunakan untuk ovum muda bagi haiwan, begitu juga dengan struktur tumbuhan yang membawa gametofit betina dan sel telur yang berkembang menjadi benih selepas persenyawaan. Dalam tumbuhan renek dan alga, ovum juga turut digelar sebagai oosfera. Proses perkembangan ovum digelar oogenesis.