Lut (alat muzik)

Lut merujuk kepada alat muzik yang dimainkan dengan memetik tali yang ada padanya. Alat ini memiliki tengkuk (sama ada terdapat fret atau tidak), dan bahagian belakang yang bulat dan dalam.

Lut Eropah dan oud moden Timur Tengah datang daripada leluhur yang sama tetapi melalui jalan yang berlainan. Lut digunakan dalam pelbagai jenis muzik instrumental daripada muzik Zaman Pertengahan sehingga era Baroque terkemudian dan berkemungkinan besar merupakan alat muzik yang terpenting dalam muzik sekular pada Zaman Pembaharuan. Ia juga kerap menjadi alat iringan, terutamanya dalam karya-karya vokal (suara), sering kali memainkan basso continuo, atau memainkan karya tertulis.