Oshi no Ko
| Oshi no Ko | |
Logo rasmi Oshi No Ko | |
| 【推しの子】 | |
|---|---|
| Genre | |
| Manga | |
| Pengarang | Aka Akasaka |
| Ilustrasi | Mengo Yokoyari |
| Penerbit | Shueisha |
| Penerbit Lain | |
| Demografik | Seinen |
| Pencetakan | Young Jump Comics |
| Majalah Asal | Weekly Young Jump |
| Tarikh Pengeluaran | 23 April 2020 – kini |
| Jilid | 16 |
| Siri televisyen anime | |
| Pengarah | Daisuke Hiramaki |
| Skrip/Penulis | Jin Tanaka |
| Lagu/Muzik | Takurō Iga |
| Studio | Doga Kobo |
| Dilesenkan oleh | Sentai Filmworks |
| Penyiaran Asal | Tokyo MX, Chiba TV, GTV, Sun TV, KBS Kyoto, BS11, SBS, TV Aichi, tvk, TVS, GYT, MRO, KHB, HOME, TVh, TVQ, BSN, AT-X |
| Penyiaran bahasa Inggeris | Tokyo MX, CTC, GTV, SUN, KBS, BS11, SBS, TVA, tvk, TVS, GYT, MRO, KHB, HOME, TVh, TVQ, BSN, AT-X |
| Tarikh tayangan | 12 April 2023 – kini |
| Episod | 11 |
Oshi no Ko【推しの子】,"Idola Kegemaranku" atau "Anak Si Idola"; ditulis sebagai【Oshi No Ko】diterbitkan di Malaysia dengan tajuk【Oshi No Ko】: Anak Idola, ialah sebuah siri manga Jepun karya Aka Akasaka dengan ilustrasi oleh Mengo Yokoyari. Ia telah dijadikan bahan bersiri dalam Weekly Young Jump Shueisha sejak 2020, dan telah dikumpulkan dalam 13 jilid tankōbon setakat 17 November 2023.
Musim pertama bagi siri televisyen adaptasi anime yang diterbitkan oleh Doga Kobo ditayangkan dari 12 April dan berakhir pada 28 Jun 2023. Musim kedua dijadual akan ditayangkan pada pertengahan tahun 2024. Anime ini juga tersedia untuk penstriman di Viu, Netflix, dan Bilibili di wilayah tertentu.
Menjelang November 2023, Oshi no Ko mempunyai lebih 15 juta salinan dalam edaran.