Rusa senggirik

Rusa senggirik
O. gazella di Taman Negara Etosha
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Keluarga: Bovidae
Subkeluarga: Hippotraginae
Genus: Oryx
de Blainville, 1816
Spesies jenis
Antilope oryx
Pallas, 1777
Spesies

Oryx beisa Rüppell, 1835
Oryx dammah Cretzschmar, 1827
Oryx gazella (Linnaeus, 1758)
Oryx leucoryx Pallas, 1766

Rusa senggirik ialah sejenis haiwan daratan yang terdiri daripada empat spesies antelop besar dalam genus Oryx. Haiwan-haiwan ini bertanduk tegak atau condong ke belakang dengan permukaan bercincin. Genusnya mempunyai empat spesies, hampir semua spesies ditemukan di Afrika kecuali spesies Oryx leucoryx yang ditemukan di Semenanjung Arab. Kesemua spesies cenderung tinggal di kawasan berhampiran gurun dan mampu hidup tanpa air untuk tempoh masa yang panjang.

Sejumlah kecil populasi beberapa spesies Oryx, seperti O. dammah dipelihara dalam kurungan di ladang pemuliharaan haiwan liar wujud di Texas dan New Mexico, Amerika Syarikat.