Orkestra Tentera Darat
Orkestra Tentera Darat (OTD) adalah merupakan sebuah badan kesenian yang dikelolakan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM). Ia telah ditubuhkan pada tahun 1979. Tujuan utama orkestra ini ditubuhkan adalah bagi mengelakkan TDM dari bergantung sepenuhnya kepada para artis dan pemuzik tempatan. Pada tahun 1983, OTD telah dikenali sebagai Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD).