Orkestra RTM

Orkestra RTM
Orkestra penyiaran
Nama lama
  • Orkes Radio Malaya (1961–1963)
  • Orkes Radio Malaysia (1963–1969)
Ditubuhkan1 April 1961 (1961-04-01)
LokasiAngkasapuri, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengarah muzikMokhzani Ismail

Orkestra RTM merupakan sebuah orkestra penyiaran yang berpangkalan di Angkasapuri, Kuala Lumpur, dimiliki dan dikendalikan oleh stesen penyiaran awam milik kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan diselenggarakan oleh Bahagian Perkhidmatan Muziknya. Ia ditubuhkan pada 1 April 1961 dan merupakan orkestra muzik yang tertua di Malaysia. Orkestra RTM berjaya melahirkan ramai pemuzik profesional seperti Dato' Dr. Ahmad Nawab, Osman Ahmad, Kassim Masdor, Ahmad Idris, dan Jimmy Foong. Ia menjadi pemangkin perkembangan industri muzik tempatan yang telah melahirkan ramai komposer berbakat dengan lagu-lagu malar segar sehingga ke hari ini.