Anggerik

Anggerik
Orkid
Julat zaman: Zmn Bt Kapur Akhir - kini
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Asparagales
Keluarga:
Orchidaceae

Subfamili
Taburan keluarga Orchidaceae

Anggerik (Jawi: اڠݢريق) atau orkid (Jawi: اوركيد) ialah jenis bunga yang termasuk dalam keluarga tumbuhan berbunga Orchidaceae. Keluarga tersebut merupakan satu dari dua keluarga tumbuhan berbunga paling besar bersama Asteraceae, ia mempunyai kira-kira 28,000 spesies yang diterima dalam 763 genus. Keluarga bunga anggerik merangkumi kira-kira 6–11% daripada semua tumbuhan berbenih. Bunga anggerik datang dalam pelbagai warna dan berbau harum.

Sejak tumbuhan orkid ini mula ditanam sebagai pokok hiasan pada abad ke-19, ahli-ahli hortikultur telah menghasilkan lebih daripada 100,000 kacukan dan kultivar.

Anggerik jenis Vanda Miss Joaquim merupakan bunga kebangsaan negara Singapura.