Cypripedioideae

Anggerik selipar
Anggerik selipar genus Paphiopedilum
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Asparagales
Keluarga: Orchidaceae
Subkeluarga: Cypripedioideae
Kostel.
Genus

Lihat teks

Julat genus Cypripedioideae

Cypripedioideae ialah subkeluarga anggerik yang sering dikenali sebagai anggerik selipar, orkid selipar atau bunga kasut. Genus-genus Cypripedioideae termasuk Cypripedium, Mexipedium, Paphiopedilum, Phragmipedium dan Selenipedium. Ia dicirikan oleh kantung bunga (lidah terubah suai) yang berbentuk selipar – kantung ini memerangkap serangga untuk dipaksa memanjat ke staminodus di belakang, tempat terkumpul dan tersimpannya polinium, sehingga mendebungakan bunga. Terdapat sekitar 165 spesies dalam subkeluarga ini.