Orang utan Sumatera

Orang utan Sumatera
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies:
P. abelii
Nama binomial
Pongo abelii
Lesson, 1827
Taburan di Indonesia

Orang utan Sumatera (Pongo abelii) merupakan salah satu daripada dua spesies orang utan. Ditemui hanya di pulau Sumatera di Indonesia, ia lebih jarang dan lebih kecil daripada Orang utan Borneo. Orang utan Sumatera membesar sehingga ketinggiannya mencapai 1.4 meter (4.6 ka) dan berat sehingga 90 kilogram (200 lb) bagi orang utan jantan. Orang utan betina pula adalah lebih kecil, dengan purata ketinggian 90 sentimeter (3.0 ka) dan berat 45 kilogram (99 lb).