Orang utan Borneo

Orang utan Borneo
Orang utan jantan di Zoo Moscow
Bayi orang utan betina di Zoo Bojnice
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Primates
Suborder: Haplorhini
Infraorder: Simiiformes
Keluarga: Hominidae
Genus: Pongo
Spesies:
P. pygmaeus
Nama binomial
Pongo pygmaeus
(Linnaeus, 1760)
Edaran di Borneo
Sinonim

P. agris (Schreber, 1799)
P. batangtuensis (Selenka, 1896)
P. borneensis Röhrer-Ertl, 1983
P. borneo (Lacépède, 1799)
P. brookei (Blyth, 1853)
P. curtus (Blyth, 1855)
P. dadappensis (Selenka, 1896)
P. genepaiensis (Selenka, 1896)
P. landakkensis (Selenka, 1896)
P. morio (Owen, 1837)
P. owenii (Blyth, 1853)
P. rantaiensis (Selenka, 1896)
P. rufus (Lesson, 1840)
P. satyrus (Linnaeus, 1766) [in part]
P. skalauensis (Selenka, 1896)
P. sumatranus (Mayer, 1856)
P. tuakensis (Selenka, 1896)
P. wallichii (Gray, 1871)
P. wurmbii (Tiedemann, 1808)

Orang utan Borneo atau orang utan Kalimantan (nama saintifik: Pongo pygmaeus) merupakan spesis orang utan di kepulauan Borneo. Bersama dengan orang utan Sumatera dan orang utan Tapanuli, ia tergolong dalam satu-satunya kera besar yang berasal dari Asia. Seperti kera besar lain, orang utan sangat pintar, memaparkan penggunaan alat dan corak budaya yang berbeza di dalam hutan. Orangutan berkongsi 97% DNA mereka dengan manusia.

Spesies orang utan ini terancam genting disebabkan oleh pembalakan, penanaman kelawa sawit dan pemburuan yang serius. Ia haiwan yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Malaysia dan Peraturan tentang Jenis Tumbuhan dan Satwa Yang Dilindungi Indonesia.