Tiele (Bahasa Cina: 鐵勒; pinyin: Tiělè, Turkik *Tegreg "[People of the] Carts"), juga diterjemah sebagai Dili (Bahasa Cina: 狄歷), Chile (Bahasa Cina: 敕勒), Zhile (Bahasa Cina: 直勒), Tele (Bahasa Cina: 特勒), juga dinamakan Gaoche atau Gaoju (Bahasa Cina: 高車, "High Carts"), adalah satu konfederasi puak yang berteraskan etnik Turkik yang tinggal di kawasan utara China dan Asia Tengah. Ia muncul setelah perpecahan konfederasi Xiongnu. Sumber-sumber China mengaitkan mereka dengan Dingling yang lebih awal (Bahasa Cina: 丁零).