Orang Sakai
Orang Sakai atau puak sakai merujuk pada satu suku kaum orang asli yang tinggal di dalam hutan di Brunei, Indonesia dan Malaysia. Juga suatu masa dahulu di Singapura. Sacara tradisi, orang Sakai termasuk di bawah penguasaan Sultan / Raja tempatan dan mempunyai hak bagi hasil hutan. Pihak penjajah British pernah membezakan "Sakai" sebagai orang asal yang masih mengikut kepercayaan nenek moyang berbanding yang memeluk agama Islam dan kebudayaan orang Melayu dalam perbancian dilakukan mereka.
Ketua puak Sakai dikenali sebagai Tok Batin, satu kedudukan yang diwarisi secara turun temurun.