Orang Melayu Banjar
| Musa Hassan, Saloma, Mohamed Khaled Nordin, Jalaluddin Hassan, Sarimah Ibrahim dan Jamal Abdillah, Aliff Syukri | |
| Kawasan ramai penduduk | |
|---|---|
| Johor, Perak, Selangor dan minoriti kecil dalam negeri Sabah | |
| Bahasa | |
| Majoriti: Melayu Minoriti: Banjar | |
| Agama | |
| Islam | |
| Kumpulan etnik berkaitan | |
| Orang Melayu Malaysia |
Paparan amaran: Laman menggunkan Templat:Kotak info kumpulan etnik dengan parameter "poptime" yang tidak diketahui
Orang Melayu Banjar (Jawi/Pegon: ملايو بنجر) adalah keturunan diaspora Orang Banjar yang terdapat di Tanah Melayu dan kawasan sehampirannya, terutamanya Sabah.
Pada tahun 1911, mereka disatukan ke dalam "kaum (ras) Melayu" oleh pemerintah kolonial Negeri-negeri Melayu Bersekutu sekali dengan bangsa-bangsa pendatang yang lain dari kepulauan Nusantara, seperti orang Jawa, Boyan, Mandailing, Kerinci, Aceh, Bugis dan Minang, tetapi mereka kini dianggap sebagai golongan anak dagang. Di Sabah, mereka masih kekal budaya dan identiti Banjar dan tidak dianggap sebagai Melayu oleh masyarakat awam, tetapi sebagai kelompok etnik yang berdiri sendiri. Di Indonesia, mereka dianggap sebahagian dari masyarakat Melayu Baru.