Orang Amis
Amis Pangcah | |
|---|---|
| Jumlah penduduk | |
| 223,921 orang (2024) | |
| Kawasan ramai penduduk | |
| Taiwan | |
| Bahasa | |
| bahasa Amis, bahasa Mandarin Taiwan | |
| Agama | |
| Animisme, agama Kristian | |
| Kumpulan etnik berkaitan | |
| orang Sakizaya |
Orang Amis (amis dalam bahasa Amis bermaksud "utara", juga mengenal diri sebagai Pangcah "manusia"; Bahasa Cina: 阿美族; pinyin: Āměi-zú) adalah etnik peribumi asli rumpun Austronesia di Taiwan. Tanah adat mereka di sepanjang lembah sempit antara Banjaran Tengah dan Banjaran Sawaliyan/Pesisir menjangkau timur pulau Taiwan sampai Semenanjung Hengchun (Palidaw); mereka juga banyak mendiami kota-kota. Kependudukan mereka dikira seramai 223,921 orang mengikut banci 2024 dan antara puak asli terbesar bangsa Taiwan; mereka pernah orang asli paling ramai menurut bancian 2014 sebanyak 37.1 peratus. Bahasa mereka bahasa Amis.
Pada masa sekarang, orang Amis juga berkahwin campur dengan orang Cina ataupun penduduk asli lainnya. Susur galur keturunan asal mereka mengikut darah sebelah ibu. Genetik mereka sangat dekat dengan penduduk kepulauan Filipina.