Operasi Northern Watch

Operasi Northern Watch
Sebahagian daripada Zon Larangan Terbang Iraq

Tiga buah pesawat Jaguar milik RAF dalam satu misi Operasi Northern Watch pada September 2002.
Tarikh1 Januari 1997 – 17 Mac 2003
Lokasi
Utara Iraq
Keputusan Tidak muktamad.
Berjaya mewujudkan kestabilan di wilayah autonomi Kurdis di utara Iraq.
Zon Larangan Terbang tamat selepas serangan ke atas Iraq 2003.
Pihak yang terlibat
 Amerika Syarikat
 United Kingdom
 Turki
Iraq
Komandan dan pemimpin
Bill Clinton
George W. Bush
Saddam Hussein
Kekuatan
Sekitar 50 buah pesawat dan 1,400 anggota tentera pada satu masa Pelbagai pasukan pertahanan udara Iraq
Kerugian dan korban
Sebuah pesawat F-16 rosak 5–10 terbunuh, 30–40 cedera, 4 buah sistem pertahanan udara dimusnahkan

Operasi Northern Watch (ONW) atau Operasi Pengawasan Utara yang merupakan penerus bagi Operasi Provide Comfort, merujuk pada sebuah Pasukan Tugas Bersama yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di atas selari utaraan ke-36 di Iraq. Misinya bermula pada 1 Januari 1997.

Rakan sekutu yang terdiri dari Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Turki telah menyediakan sekitar 45 buah pesawat dan lebih daripada 1,400 anggota untuk menyokong Operasi Northern Watch. Pasukan bersama A.S terdiri daripada 1,100 anggota, yang mana termasuk krew udara, kelasi, anggota tentera dan Marin, selain pesawat dari setiap cabang pasukan dalam Angkatan Tentera A.S.