Onomatopoeia

Onomatopoeia (dari Yunani: ονοματοποιία lakuran όνομα onoma = nama dan ποιέω poieō, = "saya buat/lakukan" yakni "saya mencipta nama"), keratabahasa atau bunyi ajukan adalah perkataan menggambarkan objek sasaran daripada bunyi dihasilkan yang didengarinya. Perkataan ini boleh didapati sebagai kata nama (contohnya nama haiwan seperti "ruak-ruak", "hudhud") atau kata kerja (contoh: dering, debar, kicau, ciap, cebur, Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak...).