Ong Kim Swee
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Tarikh lahir | 11 Disember 1970 | ||
| Tempat lahir | Melaka, Malaysia | ||
| Posisi permainan | Pemain tengah (Bersara) | ||
| Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Persik Kediri (kepala jurulatih) | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 1991-1992 | Melaka | ||
| 1993-1994 | Sarawak | ||
| 1994-1998 | Sabah | ||
| Pasukan kebangsaan | |||
| 1990-1991 | Olimpik Malaysia | 8 | (1) |
| 1994-1995 | Malaysia | 5 | (0) |
| Pasukan diurus | |||
| 2005 | Melaka | ||
| 2009-2010 | Malaysia B-19 | ||
| 2009- | Harimau Muda A | ||
| 2011- | Malaysia B-23 | ||
| * Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik | |||
Datuk Ong Kim Swee (Cina ringkas: 王金瑞; Cina tradisional: 王金瑞; pinyin: Wáng Jīn Ruì; lahir 11 Disember 1970) ialah pengurus bola sepak dan bekas pemain bola sepak Malaysia. Beliau sekarang mengurus Persik Kediri di Liga 1 Indonesia. Beliau menghabiskan kebanyakan kerjaya sebagai pemain bola sepak bermain untuk pasukan Malaysia Timur terutamanya Sarawak dan Sabah semasa pertengahan 90-an.
Beliau pada masa ini mengurus Sabah FC yang telah bertanding di dalam Kejohanan Pra-Olimpik AFC 2012 untuk kelayakan ke sukan Olimpik London 2012 dan Sukan Asia Tenggara 2011. Beliau juga bekas pengurus Harimau Muda A di dalam Liga Super Malaysia.