Adeline Tsen
Adeline Tsen | |
|---|---|
| Kelahiran | Adeline Anthony Primus Tsen 5 November 1986 |
| Nama lain | Adlin |
| Pekerjaan | Pelakon, Model, Penyanyi, Pengacara |
| Tahun aktif | 2009–kini |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | Paranormal Records |
| Kegiatan berkaitan | One Nation Emcees |
Adeline Anthony Primus Tsen (lahir 5 November 1986) merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengacara televisyen dan model wanita Malaysia. Beliau banyak memegang watak antagonis dalam drama seperti Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Rindu Awak 200%. Beliau mula dikenali selepas membintangi drama bertemakan muzikal iaitu Hotel Mania terbitan KRU Studios pada tahun 2010. Pada Februari 2020, beliau diumumkan telah menyertai kumpulan One Nation Emcees sebagai ahli terbaru mereka bagi menggantikan Mimi Fly sebagai vokalis dimana ia telah dikosongkan sejak Mimi mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan ONE sebelum ini.