One-Punch Man

One Punch-Man
ワンパンマン
(Wanpanman)
GenreAksi, Cereka sains, Parodi, Komedi, Adiwira
Manga
One Punch-Man (komik web)
PengarangOne
PenerbitTerbitan sendiri
Tarikh Pengeluaran3 Julai 2009 – kini
Manga
One-Punch Man (lukis semula)
PengarangOne
IlustrasiYūsuke Murata
PenerbitShueisha
Penerbit Lain
Demografikseinen
PencetakanJump Comics
Majalah AsalYoung Jump Web Comics
Tarikh PengeluaranJune 14, 2012 – kini
Jilid10
Siri televisyen anime
PengarahShingo Natsume
Skrip/PenulisTomohiro Suzuki
StudioMadhouse
Tarikh tayangan5 Oktober 201521 Disember 2015
Episod12

One Punch-Man (Jepun: ワンパンマン, Hepburn: wanpanman, "Lelaki Satu Penumbuk") ialah sebuah komik web karya One yang mulai diterbitkan pada awal tahun 2009 mengisahkan seorang lelaki bernama Saitama yang menjadikan kerjayanya iaitu adiwira sebagai suatu hobi. Saitama memiliki kekuatan yang dahsyat iaitu beliau mampu menumpaskan musuh dengan satu tumbukan sahaja. Manga ini diterbitkan semula dengan lukisan oleh Yūsuke Murata dalam siri terbitan semula Tonari no Young Jump keluaran Shueisha. Setakat 23 jilid tankōbon telah dibukukan setakat Januari 2021.

Ia telah diadaptasikan menjadi anime oleh studio Madhouse dan ditayangkan di Jepun antara bulan-bulan Oktober dan Disember 2015. Musim kedua anime tersebut mula tayang pada Oktober 2019.

Komik sesawang asal dibaca sebanyak 7.9 juta kali setakat Jun 2012 manakala terbitan semulanya dijual sebnayak 30 juta salinan setakat April 2020.